Isnin, 24 November 2014

Blog Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Pengajaran Bahasa Melayu lebih menarik dan berkesan menggunakan blog.

Blog merupakan satu portal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi tentang pelbagai perkara. Konsep blog seakan-akan sebuah diari harian. Blog sangat mudah digunakan dan diuruskan tanpa perlu memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam tentang komputer. Laman sosial dan blog dikatakan telah memberikan pelbagai keburukan kepada golongan remaja terutamanya pelajar sekolah. Walaubagaimanapun, keburukan dan kebaikan dalam sesuatu perkara ditentukan oleh diri sendiri. Apa yang pasti, blog mendatangkan banyak kebaikan berbanding keburukan terutamanya kepada guru dan pelajar.
Pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan blog membolehkan  pelajar berkongsi sesuatu maklumat dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Melalui blog, pelajar dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman, perasaan, pendapat dan lain-lain dengan menggunakan tulisan, gambar, mahupun maklumat berbentuk video. Dalam Pengajaran Bahasa Melayu blog boleh dijadikan tempat atau  laman untuk mencoretkan idea yang terpendam selain menjadi laman untuk berkarya. Idea dan karya yang baik boleh diiktiraf agar pelajar lebih terdorong untuk meluahkan apa yang ada dalam pemikiran mereka. Penghargaan tidak hanya berbentuk material bahkan, boleh juga berbentuk pujian serta kritikan yang membina.
Melalui blog juga, boleh menjadi laman untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan sekolah tempat mereka bertugas. Melalui blog juga, guru boleh mendapatkan teknik-teknik pengajaran yang lebih baik dan boleh dipraktikkan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru dapat bertukar informasi dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam blog.Secara tidak langsung, penggunaan blog dalam pengajaran Bahasa Melayu akan bertambah baik dan berkualiti. Maklumat  yang hendak disampaikan kepada pelajar akan bertambah baik dan menepati perkembangan semasa.
Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita.

Menggunakkan blog sebagai satu media pengajaran Bahasa Melayu secara tidak langsung membantu pelajar menjimatkan masa untuk berbincang di luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk membincangkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh diutarakan. Pelajar tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mengadakan sesuatu perbincangan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam. Selain daripada itu pelajar boleh melayari blog Bahasa Melayu untuk mencari maklumat atau contoh-contoh karangan /penulisan atau sebarang maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan.
Belajar melalui blog khususnya bagi mata pelajaran Bahasa melayu  meningkatkan minat belajar kepada para pelajar. Remaja merupakan golongan yang gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih suka belajar di luar bilik darjah. Melalui blog, pelajar tidak mudah jemu untuk belajar dan membaca. Pelajar boleh melayari internet sekiranya telah penat belajar. Melalui cara ini secara tidak langsung pelajar akan menambahkan lagi kosakata dan pemahaman terhadap penggunaan Bahasa Melayu .Konsep pembelajaran seperti ini membuatkan pelajar lebih gemar belajar walaupun di luar waktu sekolah
Belajar Bahasa melalui blog juga boleh mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Melalui blog, pelajar tidak cepat bosan untuk belajar .Blog merupakan satu bentuk teknologi pembelajaran yang baru.Rupa bentuk blog yang pelbagi bentuk, cantik dan menarik serta pelbagai mudah menarik perhatian pelajar untuk membaca dan terus membaca. Secara tidak langsung pelajar mendapai imput dari hasil pembacaan mereka. Pengalaman dari pembacaan membolehkan pelajar menghasilkan sebuah penulisan Bahasa Melayu  yang menarik berdasarkan pengalaman maya yang diperolehi dari pembacaan dari blog.Cara pembelajaran yang interaktif ini, membuatkan pelajar lebih gemar untuk belajar semasa berada di rumah dan tidak membuang masa mereka dengan membuat perkara yang tidak berfaedah.
Blog membolehkan pelajar berkomunikasi secara global. Pelajar sekolah boleh berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelosok dunia dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka yang telah sedia ada. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui teknk belajar yang lebih berkesan melalui rakan-rakan dari negara yang berlainan. Kebaikan ini membolehkan minda pelajar lebih terbuka dengan keadaan dunia luar dan dapat memgetahui sesuatu berita dari sumber yang betul, bukannya melalui khabar angin. Hal ini secara tidak langsung membolehkan pelajar menghasilkan sebuah hasil penulisan yang menarik dan benar.
Penggunaan blog seharusnya diketengahkan sebagai satu bentuk pendidikan yang baru di negara kita. Kepentingan blog dalam institusi pendidikan memang jelas terbukti. Pihak yang berwajib harus menjalankan peranan mereka agar mutu pendidikan di negara kita dapat ditingkatkan. Ibu bapa haruslah sentiasa peka dalam pendidikan anak-anak mereka. Setiap kebaikan dan keburukan boleh ditentukan oleh diri sendiri. Jadi, keburukan sesuatu perkara adalah kecil berbanding kepentingan yang dibawa dalam sesuatu perkara.


1 ulasan:

  1. Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT

    At least 160000 women and men are trying a easy and SECRET "water hack" to drop 2lbs each and every night as they sleep.

    It's simple and it works on everybody.

    Just follow these easy step:

    1) Go get a clear glass and fill it with water half glass

    2) Now learn this awesome hack

    and become 2lbs lighter the next day!

    BalasPadam