Sabtu, 22 November 2014

Karangan Jenis Catatan


Karangan Jenis Catatan

20 Februari 2008 Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalamdi situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi anjuran kerajaan negeriKedah.

21 Februari 2008 Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Linas  pada pukul 10.00 pagi. Majlis perasmian dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ  kami ke pantai Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat.

Di tengah perjalanan, kayak kami tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometer berkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagalmenemui beting pasir.

Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri-negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin tipis.Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan kedua nanti. Kamibermalam di pulau itu.

23 Februari 2008 Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di tengah pelayaran nanti.Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan darinegeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementara pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan