Sabtu, 22 November 2014

Karangan Jenis Laporan

Contoh Karangan Jenis Laporan

Tajuk : Sukan Tahunan

        Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

         Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.

         Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai aksi murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan membawa bola pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara olahraga bermula dengan acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter.

         Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa rehat, pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do sekolah. Kemudian murid-murid tahun 1 pula telah membuat persembahan senamrobik.

         Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Muhammad Syahid A. Rahman dan adik Nur Alia  sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.

          Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini. Sebelum bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan padang. Kejohanan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.


Disediakan oleh,                                                                                                   30  MAC 2014 



(NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH)
Wartawan,
Majalah sekolah,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.


17 ulasan:

  1. saya berasa awak telah membuat karangan format yang terbaik sekali

    BalasPadam
  2. format terbaik yang pernah saya nampak

    BalasPadam
  3. format terbaik yang pernah saya nampak

    BalasPadam
  4. format terbaik yang pernah saya nampak

    BalasPadam
  5. Format karangan laporan yang terbaik untuk membantu saya membuat kerja sekolah. Tahniah kepada penulis...👍👍👍

    BalasPadam
  6. Nice one ������
    ≧∇≦

    BalasPadam
  7. Bagus! Boleh saya buat karangan kerja sekolah! ≥w≤

    BalasPadam
  8. Terima kasih kerana menulis karangan jenis laporan baru saya boleh siapkan kerja rumah yang cikgu bagi semasa pkp

    BalasPadam
  9. (~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥( ˘ ³˘)♥

    BalasPadam
  10. sangat perfect thank you sbb bagi ulasan ini semoga dipemurdakan urusan

    BalasPadam