·
BAHAGIAN A
Pengenalan
Dalam Bahagian A ini, murid akan diberi gambar tunggal atau gambar bersiri. Gambar tersebut mengandungi pelbagai situasi. Murid akan diminta membina lima ayat lengkap dan setiap ayat yang lengkap itu akan diberi 2 markah. Kelima- lima ayat yang lengkap akan mendapat 10 markah.
Isi
Sesuatu ayat itu akan dianggap isi sekiranya maklumat yang dinyatakan terdapat dalam gambar. Oleh itu, murid tidak boleh mereka-reka pernyataan yang tidak terdapat dalam gambar.
Bahasa
Ayat yang ditulis perlulah mengikut aspek tatabahasa yang betul.
Panduan Menjawab

Perhatikan arahan soalan
sama ada meminta murid untuk menulis tentang aktiviti atau suasana.
·
Jika meminta menyatakan
aktiviti, hanya ayat yang merujuk kepada aktiviti sahaja yang akan dinilai.
·
Maklumat yang terdapat
dalam gambar perlu dikembangkan menjadi ayat yang sempurna.
·
Jika terdapat banyak
maklumat, tulis yang penting sahaja.
·
Jika terdapat lebih
daripada satu gambar, murid perlu menulis ayat yang seimbang. Misalnya, gambar
pertama 2 ayat dan gambar kedua 3 ayat.
·
Jawapan perlu ditulis dalam
bentuk point atau nombor.
·
Murid hanya perlu menulis
lima ayat sahaja.
·
Jika menulis lebih daripada
lima ayat, pemeriksa hanya akan membaca sehingga ayat yang kelima sahaja.
·
Namun kesalahan daripada
aspek bahasa akan dilihat daripada kesemua ayat yang ditulis.
·
Untuk skor yang cemerlang
iaitu 9 hingga 10 markah, murid perlu menggunakan ayat yang gramatis dan
menepati gambar yang diberi.
·
Penggunaan pelbagai kata
dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan gambar.
Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
Kesimpulan
Bahagian ini merupakan bonus untuk murid memperoleh 10 markah maksimum.
*Carilah seberapa banyak maklumat yang terdapat dalam gambar, kemudian bina ayat yang sempurna dan masa yang lebih, bolehlah digunakan dalam Bahagian B pula..
Contoh:
Persiapan Temasya Sukan Olahraga

Gambar di bawah menunjukkan persiapan bagi temasya sukan olahraga di sebuah sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar di bawah ini.
BAHAGIAN
C
Pengenalan
Soalan ini akan diajukan dalam Bahagian C. Sebuah teks yang panjangnya sekitar 100 patah perkataan akan diberikan. Calon diminta menyatakan nilai yang terdapat dalam petikan tersebut. Soalan ini membawa 20 markah dan calon perlu menjawab dalam masa 20 minit.
Memahami Teks
Teks yang diberi pelbagai jenis ; cerita, fakta, dialog dan puisi (pantun, syair dan sajak). Sebelum membaca teks, calon perlu membaca kata kunci yang diberi sama ada meminta "nilai murni", "nilai mulia", "amalan baik", "pengajaran" dan " sifat yang boleh dicontohi. Pada asasnya, cara menjawabnya adalah sama, iaitu
Bahasa
Ayat yang ditulis perlulah mengikut aspek tatabahasa yang betul.
Contoh Nilai Murni
Terdapat 16 nilai murni asas dalam pembelajaran Bahasa Melayu , iaitu :
1. Baik hati
-belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati dan bermaaf-maafan
2. Berdikari
-bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri
3. Hemah tinggi
-bersopan santun, sedia mengakui kesalahan sendiri serta ramah mesra
4. Hormat-menghormati
-hormat dan taat kepada ibu bapa, hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga
dan pemimpin, raja dan negara, menghormati hak asasi manusia dan adat resam serta agama orang
lain, patuh kepada undang-undang dan ketepatan masa, menghargai kebijaksanaan, pengalaman
dan jasa, menghargai tenaga pekerja dan menghargai maruah diri.
5. Kasih sayang
-sayang kepada nyawa dan alam sekeliling, cinta kepada negara, keamanan dan keharmonian
6. Keadilan
-bersifat adil dan saksama
7. Kebebasan
-kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam pengertian demokrasi
8. Keberanian
- berani dengan tidak membuta tuli, berani atas prinsip kebenaran, berani bertanggungjawab
dan berani mempertahankan pendirian.
9. Kebersihan fizikal dan mental
-kebersihan diri dan persekitaran, pertuturan dan kelakuan yang sopan, pemikiran yang
sihat dan membina.
10. Kejujuran
-bersifat amanah, benar dan ikhlas
11. Kerajinan
-cekal, berdaya usaha, dedikasi, tekun dan sabar, kerjasama, prinsip persaudaraan,
tanggungjawab bersama, toleransi, gotong-royong, perpaduan atas prinsip kebaikan bersama
12. Kesederhanaan
-sederhana dalam menimbang kepentingan diri dan kepentingan orang lain, tidak keterlaluan
dalam tingkah laku dan pertuturan.
13. Kesyukuran
-berterima kasih, mengenang budi dan menghargai
14. Rasional
-mampu membuat pertimbangan secara wajar, berfikiran logik dan terbuka.
15. Semangat bermasyarakat
-bermuafakat, bekerjasama, kejiranan dan peka kepada isu sosial dan masyarakat
16. Bersemangat kewarganegaraan.
-bersemangat patriotik, produktif dan bangga menjadi rakyat Malaysia.
* Walaupun begitu, calon boleh menggunakan apa-apa sahaja nilai kebaikan yang bersesuaian dengan situasi petikan.
Contoh:
Ulasan Pengajaran (Dialog)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pa
BalasPadam