Pengajaran Bahasa Melayu lebih menarik dan berkesan menggunakan
blog.
Blog merupakan satu portal online yang digunakan untuk menyatakan
pendapat peribadi tentang pelbagai perkara. Konsep blog seakan-akan sebuah
diari harian. Blog sangat mudah digunakan dan diuruskan tanpa perlu memiliki
pengetahuan teknikal yang mendalam tentang komputer. Laman sosial dan blog
dikatakan telah memberikan pelbagai keburukan kepada golongan remaja
terutamanya pelajar sekolah. Walaubagaimanapun, keburukan dan kebaikan dalam
sesuatu perkara ditentukan oleh diri sendiri. Apa yang pasti, blog mendatangkan
banyak kebaikan berbanding keburukan terutamanya kepada guru dan pelajar.
Pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan blog membolehkan pelajar berkongsi sesuatu maklumat dengan
pelajar di sekolah-sekolah lain. Melalui blog, pelajar dapat berkongsi pengetahuan,
pengalaman, perasaan, pendapat dan lain-lain dengan menggunakan tulisan,
gambar, mahupun maklumat berbentuk video. Dalam Pengajaran Bahasa Melayu blog
boleh dijadikan tempat atau laman untuk
mencoretkan idea yang terpendam selain menjadi laman untuk berkarya. Idea dan
karya yang baik boleh diiktiraf agar pelajar lebih terdorong untuk meluahkan
apa yang ada dalam pemikiran mereka. Penghargaan tidak hanya berbentuk material
bahkan, boleh juga berbentuk pujian serta kritikan yang membina.
Melalui blog juga, boleh menjadi laman untuk menyebarkan sebarang
maklumat berkaitan sekolah tempat mereka bertugas. Melalui blog juga, guru
boleh mendapatkan teknik-teknik pengajaran yang lebih baik dan boleh
dipraktikkan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru dapat bertukar informasi
dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam blog.Secara tidak
langsung, penggunaan blog dalam pengajaran Bahasa Melayu akan bertambah baik
dan berkualiti. Maklumat yang hendak disampaikan
kepada pelajar akan bertambah baik dan menepati perkembangan semasa.
Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran
yang diajar. Guru juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata
pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa
pembelajaran di sekolah. Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat
meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita.
Menggunakkan blog sebagai satu media pengajaran Bahasa Melayu
secara tidak langsung membantu pelajar menjimatkan masa untuk berbincang di
luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk
membincangkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian
pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh diutarakan.
Pelajar tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mengadakan sesuatu
perbincangan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu
pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam. Selain daripada itu pelajar boleh
melayari blog Bahasa Melayu untuk mencari maklumat atau contoh-contoh karangan
/penulisan atau sebarang maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan.
Belajar melalui blog khususnya bagi mata pelajaran Bahasa
melayu meningkatkan minat belajar kepada
para pelajar. Remaja merupakan golongan yang gemar untuk mencuba sesuatu yang
baru dan lebih suka belajar di luar bilik darjah. Melalui blog, pelajar tidak
mudah jemu untuk belajar dan membaca. Pelajar boleh melayari internet sekiranya
telah penat belajar. Melalui cara ini secara tidak langsung pelajar akan
menambahkan lagi kosakata dan pemahaman terhadap penggunaan Bahasa Melayu .Konsep
pembelajaran seperti ini membuatkan pelajar lebih gemar belajar walaupun di
luar waktu sekolah
Belajar Bahasa melalui blog juga boleh mempercepatkan proses
pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Melalui blog, pelajar tidak
cepat bosan untuk belajar .Blog merupakan satu bentuk teknologi pembelajaran
yang baru.Rupa bentuk blog yang pelbagi bentuk, cantik dan menarik serta
pelbagai mudah menarik perhatian pelajar untuk membaca dan terus membaca.
Secara tidak langsung pelajar mendapai imput dari hasil pembacaan mereka.
Pengalaman dari pembacaan membolehkan pelajar menghasilkan sebuah penulisan
Bahasa Melayu yang menarik berdasarkan
pengalaman maya yang diperolehi dari pembacaan dari blog.Cara pembelajaran yang
interaktif ini, membuatkan pelajar lebih gemar untuk belajar semasa berada di
rumah dan tidak membuang masa mereka dengan membuat perkara yang tidak
berfaedah.
Blog membolehkan pelajar berkomunikasi secara global. Pelajar
sekolah boleh berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelosok dunia dan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan mereka yang telah sedia ada. Selain itu, mereka
juga dapat mengetahui teknk belajar yang lebih berkesan melalui rakan-rakan
dari negara yang berlainan. Kebaikan ini membolehkan minda pelajar lebih
terbuka dengan keadaan dunia luar dan dapat memgetahui sesuatu berita dari
sumber yang betul, bukannya melalui khabar angin. Hal ini secara tidak langsung
membolehkan pelajar menghasilkan sebuah hasil penulisan yang menarik dan benar.
Penggunaan blog seharusnya diketengahkan sebagai satu bentuk
pendidikan yang baru di negara kita. Kepentingan blog dalam institusi
pendidikan memang jelas terbukti. Pihak yang berwajib harus menjalankan peranan
mereka agar mutu pendidikan di negara kita dapat ditingkatkan. Ibu bapa
haruslah sentiasa peka dalam pendidikan anak-anak mereka. Setiap kebaikan dan
keburukan boleh ditentukan oleh diri sendiri. Jadi, keburukan sesuatu perkara
adalah kecil berbanding kepentingan yang dibawa dalam sesuatu perkara.