Selasa, 2 Disember 2014

Latihan

Soalan Latihan Bahasa Melayu Penulisan


Bahagian A
( Masa dicadangkan : 15 minit )
( 10 markah )
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.


 
Bahagian A
 ............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
10





Bahagian B
( Masa  dicadangkan : 40 minit ) 
( 30 markah )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Kamu telah berpindah ke sekolah baru. Kamu diminta menyampaikan ucapan untuk memperkenalkan diri.
Tuliskan teks ucapan tersebut.
ATAU
2.         Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu perkara tersebut.

ATAU

3.         Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu terjumpa seekor kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
Tuliskan tindakan-tindakan yang kamu lakukan bagi membantu kucing tersebut .
  

Bahagian B
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………



…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………

30








Bahagian C
( Masa  dicadangkan : 20 minit ) 
( 20 markah )
Tulis lima nilai murni/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Petang ini, Aswad akan menjalani latihan bola sepak di   padang sekolahnya.  Aswad bertolak awal ke sekolah kerana hari ini diadakan pemilihan pemain yang akan mewakili sekolahnya.  Di pertengahan jalan, Aswad terserempak dengan seorang  lelaki tua yang terjatuh daripada basikalnya. Aswad segera membantu lelaki tua itu. Dia memimpin lelaki tua itu ke tepi jalan. Dia segera menahan kereta yang lalu di situ dan meminta pemandunya menghantar lelaki tua itu ke hospital. Sesampai di sekolah, Aswad telah terlewat. Dia memohon maaf daripada guru pembimbing dan menceritakan apa yang telah berlaku.  Gurunya bersimpati dan memuji-muji tindakan Aswad itu.  Berkat kesungguhannya, Aswad telah berjaya terpilih sebagai pemain bola sepak sekolahnya. Dia bersyukur dan berjanji akan bermain bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolahnya.



  

Bahagian C

…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………

           20


Tips Menjawab Soalan Penulisan

·  
BAHAGIAN A


Pengenalan

Dalam Bahagian A ini, murid akan diberi gambar tunggal atau gambar bersiri. Gambar tersebut mengandungi pelbagai situasi. Murid akan diminta membina lima ayat lengkap dan setiap ayat yang lengkap itu akan diberi 2 markah. Kelima- lima ayat yang lengkap akan mendapat 10 markah.


Isi
Sesuatu ayat itu akan dianggap isi sekiranya maklumat yang dinyatakan terdapat dalam gambar. Oleh itu, murid tidak boleh mereka-reka pernyataan yang tidak terdapat dalam gambar.

Bahasa
Ayat yang ditulis perlulah mengikut aspek tatabahasa yang betul.

Panduan Menjawab

·         Perhatikan arahan soalan sama ada meminta murid untuk menulis tentang aktiviti atau suasana.

·         Jika meminta menyatakan aktiviti, hanya ayat yang merujuk kepada aktiviti sahaja yang akan dinilai.

·         Maklumat yang terdapat dalam gambar perlu dikembangkan menjadi ayat yang sempurna.

·         Jika terdapat banyak maklumat, tulis yang penting sahaja.

·         Jika terdapat lebih daripada satu gambar, murid perlu menulis ayat yang seimbang. Misalnya, gambar pertama 2 ayat dan gambar kedua 3 ayat.

·         Jawapan perlu ditulis dalam bentuk point atau nombor.

·         Murid hanya perlu menulis lima ayat sahaja.

·         Jika menulis lebih daripada lima ayat, pemeriksa hanya akan membaca sehingga ayat yang kelima sahaja.

·         Namun kesalahan daripada aspek bahasa akan dilihat daripada kesemua ayat yang ditulis.

·         Untuk skor yang cemerlang iaitu 9 hingga 10 markah, murid perlu menggunakan ayat yang gramatis dan menepati gambar yang diberi.

·         Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan gambar.
Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

Kesimpulan
Bahagian ini merupakan bonus untuk murid memperoleh 10 markah maksimum.
*Carilah seberapa banyak maklumat yang terdapat dalam gambar, kemudian bina ayat yang sempurna dan masa yang lebih, bolehlah digunakan dalam Bahagian B pula..

  Contoh:
                                           Persiapan Temasya Sukan Olahraga
http://3.bp.blogspot.com/-uh6Y6hBWP-s/UKeK-DssZEI/AAAAAAAAACg/GCwsUmB6xcI/s400/scan0005.jpg
Gambar di bawah menunjukkan persiapan bagi temasya sukan olahraga di sebuah sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar di bawah ini.












BAHAGIAN C

Pengenalan
Soalan ini akan diajukan dalam Bahagian C. Sebuah teks yang panjangnya sekitar 100 patah perkataan akan diberikan. Calon diminta menyatakan nilai yang terdapat dalam petikan tersebut. Soalan ini membawa 20 markah dan calon perlu menjawab dalam masa 20 minit.

Memahami Teks
Teks yang diberi pelbagai jenis ; cerita, fakta, dialog dan puisi (pantun, syair dan sajak). Sebelum membaca teks, calon perlu membaca kata kunci yang diberi sama ada meminta "nilai murni", "nilai mulia", "amalan baik", "pengajaran" dan " sifat yang boleh dicontohi. Pada asasnya, cara menjawabnya adalah sama, iaitu

 Bahasa
Ayat yang ditulis perlulah mengikut aspek tatabahasa yang betul.

 Contoh Nilai Murni
Terdapat 16 nilai murni asas dalam pembelajaran Bahasa Melayu , iaitu :
1. Baik hati
       -belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati dan bermaaf-maafan 
2. Berdikari
       -bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri
3. Hemah tinggi
       -bersopan santun, sedia mengakui kesalahan sendiri serta ramah mesra
4. Hormat-menghormati
       -hormat dan taat kepada ibu bapa, hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga
        dan pemimpin, raja dan negara, menghormati hak asasi manusia dan adat resam serta agama orang
        lain, patuh kepada undang-undang dan ketepatan masa, menghargai kebijaksanaan, pengalaman
        dan jasa, menghargai tenaga pekerja dan menghargai maruah diri.
5. Kasih sayang
       -sayang kepada nyawa dan alam sekeliling, cinta kepada negara, keamanan dan keharmonian
6. Keadilan
       -bersifat adil dan saksama
7. Kebebasan
       -kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam pengertian demokrasi
8. Keberanian
       - berani dengan tidak membuta tuli, berani atas prinsip kebenaran, berani bertanggungjawab
         dan berani mempertahankan pendirian.
9. Kebersihan fizikal dan mental
       -kebersihan diri dan persekitaran, pertuturan dan kelakuan yang sopan, pemikiran yang
        sihat dan membina.
10. Kejujuran
       -bersifat amanah, benar dan ikhlas
11. Kerajinan
       -cekal, berdaya usaha, dedikasi, tekun dan sabar, kerjasama, prinsip persaudaraan,
         tanggungjawab bersama, toleransi, gotong-royong, perpaduan atas prinsip kebaikan bersama
12. Kesederhanaan
       -sederhana dalam menimbang kepentingan diri dan kepentingan orang lain, tidak keterlaluan
        dalam tingkah laku dan pertuturan.
13. Kesyukuran
       -berterima kasih, mengenang budi dan menghargai 
14. Rasional
       -mampu membuat pertimbangan secara wajar, berfikiran logik dan terbuka.
15. Semangat bermasyarakat
       -bermuafakat, bekerjasama, kejiranan dan peka kepada isu sosial dan masyarakat
16. Bersemangat kewarganegaraan.
       -bersemangat patriotik, produktif dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

* Walaupun begitu, calon boleh menggunakan apa-apa sahaja nilai kebaikan yang bersesuaian dengan situasi petikan.

Contoh:
                                                      Ulasan Pengajaran (Dialog)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.
http://4.bp.blogspot.com/-bYBZqHPg2zs/UKeLrho1TeI/AAAAAAAAACo/uGeH8XN4ciA/s400/scan0006.jpg


Isnin, 24 November 2014

Blog Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Pengajaran Bahasa Melayu lebih menarik dan berkesan menggunakan blog.

Blog merupakan satu portal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi tentang pelbagai perkara. Konsep blog seakan-akan sebuah diari harian. Blog sangat mudah digunakan dan diuruskan tanpa perlu memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam tentang komputer. Laman sosial dan blog dikatakan telah memberikan pelbagai keburukan kepada golongan remaja terutamanya pelajar sekolah. Walaubagaimanapun, keburukan dan kebaikan dalam sesuatu perkara ditentukan oleh diri sendiri. Apa yang pasti, blog mendatangkan banyak kebaikan berbanding keburukan terutamanya kepada guru dan pelajar.
Pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan blog membolehkan  pelajar berkongsi sesuatu maklumat dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Melalui blog, pelajar dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman, perasaan, pendapat dan lain-lain dengan menggunakan tulisan, gambar, mahupun maklumat berbentuk video. Dalam Pengajaran Bahasa Melayu blog boleh dijadikan tempat atau  laman untuk mencoretkan idea yang terpendam selain menjadi laman untuk berkarya. Idea dan karya yang baik boleh diiktiraf agar pelajar lebih terdorong untuk meluahkan apa yang ada dalam pemikiran mereka. Penghargaan tidak hanya berbentuk material bahkan, boleh juga berbentuk pujian serta kritikan yang membina.
Melalui blog juga, boleh menjadi laman untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan sekolah tempat mereka bertugas. Melalui blog juga, guru boleh mendapatkan teknik-teknik pengajaran yang lebih baik dan boleh dipraktikkan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru dapat bertukar informasi dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam blog.Secara tidak langsung, penggunaan blog dalam pengajaran Bahasa Melayu akan bertambah baik dan berkualiti. Maklumat  yang hendak disampaikan kepada pelajar akan bertambah baik dan menepati perkembangan semasa.
Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita.

Menggunakkan blog sebagai satu media pengajaran Bahasa Melayu secara tidak langsung membantu pelajar menjimatkan masa untuk berbincang di luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk membincangkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh diutarakan. Pelajar tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mengadakan sesuatu perbincangan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam. Selain daripada itu pelajar boleh melayari blog Bahasa Melayu untuk mencari maklumat atau contoh-contoh karangan /penulisan atau sebarang maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan.
Belajar melalui blog khususnya bagi mata pelajaran Bahasa melayu  meningkatkan minat belajar kepada para pelajar. Remaja merupakan golongan yang gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih suka belajar di luar bilik darjah. Melalui blog, pelajar tidak mudah jemu untuk belajar dan membaca. Pelajar boleh melayari internet sekiranya telah penat belajar. Melalui cara ini secara tidak langsung pelajar akan menambahkan lagi kosakata dan pemahaman terhadap penggunaan Bahasa Melayu .Konsep pembelajaran seperti ini membuatkan pelajar lebih gemar belajar walaupun di luar waktu sekolah
Belajar Bahasa melalui blog juga boleh mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Melalui blog, pelajar tidak cepat bosan untuk belajar .Blog merupakan satu bentuk teknologi pembelajaran yang baru.Rupa bentuk blog yang pelbagi bentuk, cantik dan menarik serta pelbagai mudah menarik perhatian pelajar untuk membaca dan terus membaca. Secara tidak langsung pelajar mendapai imput dari hasil pembacaan mereka. Pengalaman dari pembacaan membolehkan pelajar menghasilkan sebuah penulisan Bahasa Melayu  yang menarik berdasarkan pengalaman maya yang diperolehi dari pembacaan dari blog.Cara pembelajaran yang interaktif ini, membuatkan pelajar lebih gemar untuk belajar semasa berada di rumah dan tidak membuang masa mereka dengan membuat perkara yang tidak berfaedah.
Blog membolehkan pelajar berkomunikasi secara global. Pelajar sekolah boleh berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelosok dunia dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka yang telah sedia ada. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui teknk belajar yang lebih berkesan melalui rakan-rakan dari negara yang berlainan. Kebaikan ini membolehkan minda pelajar lebih terbuka dengan keadaan dunia luar dan dapat memgetahui sesuatu berita dari sumber yang betul, bukannya melalui khabar angin. Hal ini secara tidak langsung membolehkan pelajar menghasilkan sebuah hasil penulisan yang menarik dan benar.
Penggunaan blog seharusnya diketengahkan sebagai satu bentuk pendidikan yang baru di negara kita. Kepentingan blog dalam institusi pendidikan memang jelas terbukti. Pihak yang berwajib harus menjalankan peranan mereka agar mutu pendidikan di negara kita dapat ditingkatkan. Ibu bapa haruslah sentiasa peka dalam pendidikan anak-anak mereka. Setiap kebaikan dan keburukan boleh ditentukan oleh diri sendiri. Jadi, keburukan sesuatu perkara adalah kecil berbanding kepentingan yang dibawa dalam sesuatu perkara.


Sabtu, 22 November 2014

Cerita Rakyat





Permainan Bahasa



                           Cari perkataan yang tersembunyi berdasarkan gambar yang diberi.




Cai perkataan yang tersembunyi.




Cari dan warna kata nama am dan lengkapkan ruang yang diberikan.


Karangan Jenis Catatan


Karangan Jenis Catatan

20 Februari 2008 Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalamdi situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi anjuran kerajaan negeriKedah.

21 Februari 2008 Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Linas  pada pukul 10.00 pagi. Majlis perasmian dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ  kami ke pantai Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat.

Di tengah perjalanan, kayak kami tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometer berkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagalmenemui beting pasir.

Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri-negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin tipis.Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan kedua nanti. Kamibermalam di pulau itu.

23 Februari 2008 Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di tengah pelayaran nanti.Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan darinegeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementara pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.